E-BOOK KOLEKSI BUSANA ANGGUN
Buku ini mengupas mengenai pakaian
tradisional dan kontemporari dalam masyarakat dahulu dan kini. Pakaian
merupakan satu daripada perantara budaya yang mencerminkan peradaban sesebuah
bangsa. Perkembangan busana atau pakaian berlaku sejajar dengan keperluan dan
tuntutan manusia. Paparan grafik bergambar yang amat menarik memberi gambaran
yang jelas kepada pembaca dengan melihat sendiri foto-foto lama pakaian yang
dipakai oleh masyarakat suatu ketika dulu. Buku ini juga mengkaji sedikit
pertembungan budaya luar yang pernah masuk ke dalam negara ini pada zaman
prasejarah melalui aktiviti perniagaan dan penghijrahan. Buku ini juga
merakamkan sebahagian daripada rekaan eksklusif pereka Kraftangan Malaysia
yang memadankan tekstil tempatan dengan rekaan baru. |
CARA PENJAGAAN
Please login to review the product. Login Now