mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan
mycraftshoppe batik kraf kraftangan

mycraftshoppe

mycraftshoppe

Troli Beli-Belah


RM {{ item.is_auction == 1 ? getAuctionPrice(item) : getPrice(item.variation) }} x {{ item.quantity }}
Tiada barang dalam troli

Sila Log Masuk untuk melihat Troli Beli-Belah anda

LOG MASUK
mycraftshoppe

Pembuatan Kraf Wau

WAU

Antara hasil warisan kraf Wau yang masyhur ialah Wau Bulan, Wau Kucing, Wau Payang, Wau Merak, Wau Burung, Wau Jala Budi, Wau Kapal dan banyak lagi jenis wau yang telah direka. Wau mempunyai beberapa bahagian utama iaitu kepala, pinggang, sayap dan ekor. Kepala wau yang panjang mempunyai fungsi tersendiri iaitu untuk menyokong busur bagi mengeluarkan bunyi dengung yang baik semasa berada di udara. Kebanyakan ukuran Wau Bulan ialah 2.1 meter dari bahagian kepala hingga ke ekor dan 1.8 meter panjang sayap dari kiri ke kanan. Berat busur pula menentukan keseimbangan wau di udara.


Wau direka dan dibentuk daripada buluh-buluh jenis berduri atau lain-lain buluh yang difikirkan sesuai untuk diterbangkan. Setelah buluh ditebang tukang wau akan menentukan bahagian mana yang akan dijadikan bahagian tengah bilah sayap.  Ia ditentukan dengan mencari satu buku ruas yang kiri kanannya adalah sama jarak.  Kemudian barulah buluh itu dipotong dan dibelah sehingga menjadi bilah-bilah buluh kemudian diraut berhati-hati menggunakan ‘pisau raut’ serta dilicinkan kulitnya agar mudah dilentur kemudian diimbangkan dengan ikatan benang.


Setelah diraut barulah bilah itu diikat dan dijadikan rangka dengan menentukan bahagian tulang belakang, sayap dan ekornya.  Bahagian ini dibuat menurut jarak bilah serta lengkungannya, kemudian diikat dengan benang yang merentangi rangka tersebut. Setelah selesai menyiapkan rangka, seterusnya corak-corak hiasan pada wau akan dilukis terlebih dahulu di atas sekeping kertas berwarna disebelahnya yang telah dilipat dua atau empat. Langkah pertama hendaklah mengikut bentuk sayap atau rangkanya. Kertas warna boleh dilukis corak-corak pilihan dengan warna pilihan yang sesuai.


Untuk menghasilkan corak yang baik dan sempurna kertas tersebut ditebuk dengan berhati-hati dan teliti.  Lipatan corak-corak yang telah siap ditebuk kemudiannya dibuka untuk dibentangkan di atas kerangka wau.  Diatasnya terjalin indah garis-garis halus yang mengambarkan corak-corak yang menarik dan seimbang. Kemudian iannya diletakkan helaian utama yang berlainan warna untuk dicantumkan supaya coraknya kelihatan hidup. Cantuman kertas tadi sekali lagi dilekatkan pada kertas dasar yang telah pun dilekatkan sebelumnya ke bingkai wau tersebut.

Seterusnya dipasangkan teraju dan ‘busor’ yang diperbuat daripada tali dan diikat pada bilah rangka paling atas serta pada tulang belakang.  Teraju ini memainkan peranan penting dalam menentukan naik dan lenggok wau. Busor pula diperbuat daripada buluh dan daun kayu yang panjang, selalunya daun pokok mulong. Buluh digunakan sebagai pembidas busor, manakala daun itu pula berfungsi untuk mengeluarkan bunyi yang nyaring serta merdu datangnya daripada daun yang nipis lembut dan tegang.