KILAUAN TEMBAGA
Product Code : | EBOOKKT |
Weight (Gram) : | 100 |
Category ID : | All |
Stocks : |
Buku ini memaparkan bagaimana gandingan kemahiran tangan dan ketajaman minda dapat mencetuskan pelbagai bentuk kraf melalui seni kraf tembaga. Kepelbagaian falsafah, adat turut diceritakan serta penggunaan tembaga itu yang hanya digunakan oleh golongan raja serta bangsawan sahaja. Buku kilauan ini menyingkap perusahaan yang dipercayai telah berusia lebih 300 tahun dan sehingga kini diusahakan oleh tukang-tukang tembaga di Terengganu. Coretan sejarah negeri Terengganu sebagai negeri peneraju pembuatan tembaga di Malaysia. Gambar-gambar produk tembaga dipaparkan bagi pembaca melihat betapa keunikan dan kehalusan pembuatan tembaga. Dengan terhasilnya buku ini maka ianya dijadikan sebagai cara mendokumenkan maklumat berkaitan pertukangan tradisional ini untuk masyarakat mengenali dan menghargai warisan berzaman ini. Kesimpulannya buku ini dapat menerangkan hasil kraf tembaga yang telah digunakan sejak lama dahulu sehingga kini.
-
Please login to review the product. Login Now